Friday, January 18, 2008

Bengkel Black Metal: Membina Kesedaran Generasi Muda (ABIM NS)

Negeri Sembilan - Baru-baru ini, ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama ABIM daerah Rembau telah berjaya melaksanakan Bengkel Menangani Gejala Black Metal Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Jamek An Nur, Pekan Rembau. Bengkel ini telah dihadiri oleh 150 peserta seluruh Negeri Sembilan. Bengkel ini telah mendapat sokongan penuh dan bantuan kewangan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan pasukan fasilitator daripada Persatuan Pendidik Insan Negeri Sembilan (PPINS).Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada para belia dan remaja tentang bahayanya gejala Balck Metal yang boleh menggugat akidah umat Islam terutamanya para belia dan remaja yang lemah imannya. Di samping itu juga bengkel ini berhasrat melahirkan pembimbing rakan sebaya bagi menangani gejala Black Metal iniBengkel ini diserikan lagi dengan ucap utama perasmian oleh Y.B. Sahibus Samahah Dato’ Sheikh Murtadza Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Dalam ucap utama tersebut beliau menzahirkan kegembiraan beliau atas usaha murni ABIM ini.Beliau juga menghimbau pengalaman beliau ketika bersama-sama ABIM mengerakkan dakwah sekitar awal 80 an ketika beliau memegang jawatan dalam Jabatan Agama.Panelis lain yang turut menjayakan bengkel ini ialah Ustaz Shamsul Azhar Yahya selaku Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan, Dr Haslinda Abdullah daripada Sekretariat Pembangunan Sosial ABIM dan Ustaz Hanafiah dari Sahabat Iman dan Insan Malaysia (SIDIM). Turut hadir ialah saudara Jufitri Joha, Exco ABIM Pusat yang juga merupakan Naib Yang Dipertua ABIM Rembau.Bengkel ini mendapat sambutan yang baik dan akan diteruskan di peringkat daerah Seremban dengan kerjasama Jabatan Agama Daerah Seremban. Bengkel Black Metal ini merupakan produk ABIM Pusat yang boleh dilaksanakan di ABIM-ABIM daerah yang lain.